Meow. Hi, ini blog Faisha. ♥


FAISHA.
Resolusi
Monday, January 24, 2011 at 4:25 AM


Dalam tahun 2011, saya akan mencapai cita-cita saya yang saya tidak dapat mencapai pada tahun 2010. Yang pertama, saya harap saya dapat mengumpul duit sebanyak $100 untuk korean konsert yang akan datang kerana saya seorang peminat korean celebriti.

Yang kedua, saya harap saya tidak akan tidur di dalam kelas untuk tahun 2011 ini. Yang ketiga, saya harap saya dapat meraikan hari jadi saya yang ke-14 dengan rakan-rakan saya pula. Saya harap saya dapat ke tempat-tempat yang gerek untuk meraikan hari jadi saya.

Dan yang terakhir, saya harap pada tahun 2011, saya dapat markah yang tinggi untuk peperiksaab saya. Tetapi, yang paling utama bagi diri saya ialah saya harap tahun 2011 ini akan menjadi tahun yang penuh kebahagiaan untuk saya.

-Faisha.

Masa
Monday, January 10, 2011 at 2:35 AM


Saya Faisha dan saya akan ceritakan tentang bagaimana saya meluangkan masa saya. Pada hari biasa, saya akan ke sekolah pada masa pagi dan saya akan habis sekolah dalam agak-agak pukul satu. Kadang-kala selepas sekolah saya ada kelas korikulum. Saya akan makan petang atau balik ke rumah sambil tunggu untuk korikulum saya untuk bermula. Selepas kelas korikulum, saya akan balik ke rumah dan bersihkan diri. Jika saya tidak ada kelas korikulum, saya akan keluar makan petang dengan kawan saya, ke perpustakaan atau balik ke rumah dan rehat.

Selepas aktiviti-aktiviti waktu petang, saya akan makan malam dan cuba habiskan kerja sekolah saya. Jika saya ada masa, saya akan tontoni televisyen. Selepas itu saya akan kemas beg saya dan masuk tidur. Itulah bagaimana saya luangkan masa saya.